:: BARISAN ALUMNI MADA FORM 4 ::
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Sebagai Ahli FORUM BARISAN ALUMNI MADA FORM 4 Anda Di Sini!!!


Maahad Darul Anuar (MADA)
 
HomeCalendarGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Menu Utama
 Forum
 Senarai Ahli
 Profail
 FAQ
 Carian
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Poll
Pendapat antum mengenai kewujudan Portal ini.
 Mengeratkan ukhwah
 Seiring Teknologi
 Menyuarakan Pandangan
 Pendekatan untuk lebih mengenali Islam
 Sumber maklumat islamik
View results
Latest topics
» Pendapat antum mengenai kewujudan Portal ini.
by izzjaja Tue 06 Mar 2012, 8:44 pm

» rindu
by ndzrh Sat 22 Oct 2011, 2:13 am

» hujan
by ndzrh Sat 22 Oct 2011, 1:54 am

» fiqh dan fatwa
by ndzrh Sat 22 Oct 2011, 1:43 am

» jejak kasih~
by ndzrh Sat 22 Oct 2011, 1:29 am

» KITA DI HINA OLEH GURU MADA SWASTA
by sabri Mon 28 Jun 2010, 7:49 am

» YIK NAK AMBIL MADA BALIK BULAN FEB NI?
by faez92 Fri 09 Apr 2010, 2:48 am

» Tamrin Qiadi MTM 2009
by faez92 Fri 09 Apr 2010, 2:45 am

Affiliates

Portal BALADI

Follow us on Twitter
Statistics
We have 89 registered users
The newest registered user is siti nurul najiha bt sams

Our users have posted a total of 600 messages in 108 subjects
Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 17 on Fri 05 Jun 2009, 2:06 am

Share | 
 

 JANGA HAMPIRI ZINA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
az zaHra
Moderator
avatar

Number of posts : 7
Age : 25
Location : kuala terengganu
Registration date : 04/11/2008

PostSubject: JANGA HAMPIRI ZINA   Tue 18 Nov 2008, 11:24 pm

JANGAN HAMPIRI ZINA

Kami tidak berzina!
Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual,berbincang,bertanya khabar.minum-minum..adakah itu menghampiri zina??
Ya. Perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya,esok mungkin kamu kecundang.kamu dalam bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang memngena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Dia telah menipu moyang kita yang pertama. Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adan dan Hawa??iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan rasulullah..jangan engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (HR Tabrani) syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjerumus kepada penzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar sms sahaja. Tak pernah bersua muka pun!!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka,tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada satu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah,ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya??

-Takkan nak berbual-bual pun tak boleh?itu pun zina juga ke??
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul. Ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan. Ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khyalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan rasulullah… kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan(menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman.(HR Muslim dan Abu Daud) sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

-Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke?? Bincang pelajaran saja!!
Berdiskusi pelajaran,betul ke??jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalu cemerlang sekalipun,kalau tidak diberkati oleh Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia. Akhirat lagilah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajarlah mengikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan ‘Atid??

-Sungguh!! Bincang pelajaran saja. Ni study group.
Study group…?? Nampak lain macam saja. Manja,senyum memanjang,tak macam berdiskusi. Takkan study group berdua saja?? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun,carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam nie..betul ke bincang pasal pelajaran?? Jangan sekejap saja bincang pelajaran. Yang lain tu….. banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!!

-Tidak. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia,kita ada nafsu ada keinginan. Itulah MANUSIA.

-Kami sama-sama belajar. Study group. Saling menberi semangat mitivasi.
Tak. Adakah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat,banyak orang cemerlang yang hanya belajar dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan. Tidak terganngu. Dapat keberkatan dan rahmat pula.

-Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta??
Naluri cinta adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki(sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan dating untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu dating tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat!! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

-Tentu ada cinta secara islam.
Cinta secara islam hanya satu. Iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul. Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,islam. Apabila islam melarang sesuatu perkara,tentu ia gantikan dengan yang lebih baik. Kalau ia melarang cita lelaki dan perempuan sebelum kahwin,ia membawa “sesuatu” sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah…Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (HR Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

-Kalau begitu cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan??
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian atur pertemuan. Kemudian duduk berdua-duaan. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab. Dah berani pegang tangan. Duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan. Sekarang macam pengantin baru semalam…..bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan??penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Betapa ramai orang bercinta telah sampai ke daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk pun!!

-Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat. Tidak sampai berzina. Kami than uji.
Allah yang ciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

-Jadi manusia itu tak tahan diuji??
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa. Sejak dari awal penciptaan manusia. Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu pada kelemahan ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok khuldi itu. Firman Allah…
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai. Dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya)maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim. (Al-a’araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan. Takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan kea rah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan. Kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

-Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura0puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang,penyabar,pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah lakonan semata-mata. Masa bercinta,merajuk ada orang yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin,bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang akan kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin,lewat lima minit dah kena tengking. Jadi perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah satu kepuraan dan hipokrit.

-Percayalah. Kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?? Kebahagiaan adalh anugrah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaiman mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tahu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung. Bagaimana kesudahannya??

-Tanya sikit…adik angkat,kakak angkat,abang angkat,boleh ke? Ganti bercinta…
Semua itu adalh perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan. Tapi isinya adalah sama. Adik angkat,kakak angkat,abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakn apa nama sekalipun,abang angkat ke..motivator ke,semuanya adalah sama. Jalan akhirnya bertenu dengan zina.

-Jadi seolah-olah orang bercinta telah hilang maruah diri??
Mangukur maruah diri bukanlah ditentukan oleh manusia tetapi pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang bercinta tidak menjejaskan apa-apa meruah dirinya. Manakala,bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin. Akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cinta. Ya,ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalu begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

-Adakah orang yang bercinta hilang maruah??
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cinta menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri penzinaan. Menakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman…
Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik.dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya)tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang beriman.(An-nur-3)
Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu satu penghinaan dari tuhan.

-Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga??
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.

-Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa ada pada janji cinta?? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki,jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaj. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

-Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggunjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki. Apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya. Dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya,lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

-Jadi perempuan yang bercinta,jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang “second hand” sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja.display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata,sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung,bawalah kehulu kehilir. Sedihkan?? Itulah hakikatnya.

-Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini??
Ya. Masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah….
Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya(yang memelihara dirinya daripada melakukan zina)..allah telah menyediakan bagi mereka semua keampunan dan pahala yang besar.

-Bagaiman kami??
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-NYA. Mohon petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNYA.

-Kami ingin mendapat redha tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benar taubat yang memenuhi tiga syarat:
1-tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2-Menyesal. Menginsafi diri atas kehidupan yang menjurus diri dalam percintaan.
3-Berazam. Bertekad dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali selepas ijab qabul.

-Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkanlah kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlaq yang mulia. Ibu ayah,anakmu berdosa. Engkau jaga diri sejak kecil dengan kasih saying. Mengapa ku curahkan kasih saying itu kepada orang lain. Oh tuhan,hambamu ini berdosa…
Amin,ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu.

-Kita berpisah keran Allah. Kalau ada jodoh,tidak kemana!!
Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka dating kepadaMU mencari redhaMU. Terimalah taubat mereka.
Back to top Go down
View user profile
 
JANGA HAMPIRI ZINA
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: BARISAN ALUMNI MADA FORM 4 :: :: Bicara Santai :: Kaunseling-
Jump to: