:: BARISAN ALUMNI MADA FORM 4 ::
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Sebagai Ahli FORUM BARISAN ALUMNI MADA FORM 4 Anda Di Sini!!!


Maahad Darul Anuar (MADA)
 
HomeCalendarGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Menu Utama
 Forum
 Senarai Ahli
 Profail
 FAQ
 Carian
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Poll
Pendapat antum mengenai kewujudan Portal ini.
 Mengeratkan ukhwah
 Seiring Teknologi
 Menyuarakan Pandangan
 Pendekatan untuk lebih mengenali Islam
 Sumber maklumat islamik
View results
Latest topics
» Pendapat antum mengenai kewujudan Portal ini.
by izzjaja Tue 06 Mar 2012, 8:44 pm

» rindu
by ndzrh Sat 22 Oct 2011, 2:13 am

» hujan
by ndzrh Sat 22 Oct 2011, 1:54 am

» fiqh dan fatwa
by ndzrh Sat 22 Oct 2011, 1:43 am

» jejak kasih~
by ndzrh Sat 22 Oct 2011, 1:29 am

» KITA DI HINA OLEH GURU MADA SWASTA
by sabri Mon 28 Jun 2010, 7:49 am

» YIK NAK AMBIL MADA BALIK BULAN FEB NI?
by faez92 Fri 09 Apr 2010, 2:48 am

» Tamrin Qiadi MTM 2009
by faez92 Fri 09 Apr 2010, 2:45 am

Affiliates

Portal BALADI

Follow us on Twitter
Statistics
We have 89 registered users
The newest registered user is siti nurul najiha bt sams

Our users have posted a total of 600 messages in 108 subjects
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 17 on Fri 05 Jun 2009, 2:06 am

Share | 
 

 KeS mUrTaD!!

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Shahrul
Perintis Alumni
Perintis Alumni


Number of posts : 45
Age : 23
Location : Ampang, Selangor
Registration date : 24/10/2008

PostSubject: KeS mUrTaD!!   Mon 16 Mar 2009, 4:51 pm

Murtad ialah satu istilah yang diberikan oleh Islam kepada perbuatan seorang muslim yang melakukan sesuatu perkara yang boleh mengeluarkan dia daripada syariat Islam baik berupa perbuatan atau perkataan ataupun kepercayaan serta keyakinan yang mencukupi syarat untuk mengeluarkan dia daripada agama Islam.

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

“Barangsiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu dia mati maka jadilah dianya itu kafir di dunia dan terhapuslah segala amalannya di dunia dan mereka menjadi penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya” (Surah Al-baqarah: 217).

Para ulama menetapkan bahawa hukum murtad pada seseorang itu berlaku apabila dia terbukti memenuhi syarat-syaratnya iaitu yang pertama ialah hendaklah seseorang itu telah pun baligh dan berakal ini berdasarkan hadith rasulullah salallahualaihiwasalam: “Diangkat kalam daripada tiga golongan iaitu kanak-kanak sehingga baligh, orang yang tidur sehingga terjaga dan orang yang tidak masuk akal sehingga berakal” (hadith sahih riwayat Abu Daud no. 4398 dan Nasaie serta Ibn Majah).

Seterusnya yang kedua ialah berlaku murtad itu dalam keadaan tidak dipaksa sebaliknya murtad dengan pilihan sendiri adapun sekiranya seseorang itu dipaksa untuk murtad maka tidaklah jatuh murtad ini berdasarkan firman Allah swt:

مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلاَّ مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنْ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah beriman kecuali orang yang dipaksa sedang hatinya tetap beriman tetapi barangsiapa yang terang dadanya (hatinya) kepada kekufuran maka bagi mereka kemurkaan Allah dan disediakan kepada mereka azab yang besar” (Surah An-Nahl ayat : 106).

Maksud ayat مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا ialah mempunyai kehendak untuk murtad dari Islam dalam erti kata lain ialah mempunyai niat yang terang dan jelas kepada kekufuran dan melakukannya dengan pilihan sendiri tanpa ada paksaan atau gangguan akal atau kegilaan sebaliknya dengan penuh kesedaran dan keterangan.

Akhirnya hendaklah seseorang itu mengetahui hal dan hukum murtad serta perkara yang membuatkan dirinya menjadi murtad sehingga apabila terkumpul syarat-syarat ini pada dirinya maka tiadalah lagi perselisihan ulama bahawa telah pun menjadi murtad dari Islam.
Back to top Go down
View user profile http://rulezenclosure.blogspot.com
 
KeS mUrTaD!!
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: BARISAN ALUMNI MADA FORM 4 :: :: Dunia Alumni :: Dunia Islam-
Jump to: