:: BARISAN ALUMNI MADA FORM 4 ::
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Sebagai Ahli FORUM BARISAN ALUMNI MADA FORM 4 Anda Di Sini!!!


Maahad Darul Anuar (MADA)
 
HomeCalendarGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Menu Utama
 Forum
 Senarai Ahli
 Profail
 FAQ
 Carian
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Poll
Pendapat antum mengenai kewujudan Portal ini.
 Mengeratkan ukhwah
 Seiring Teknologi
 Menyuarakan Pandangan
 Pendekatan untuk lebih mengenali Islam
 Sumber maklumat islamik
View results
Latest topics
» Pendapat antum mengenai kewujudan Portal ini.
by izzjaja Tue 06 Mar 2012, 8:44 pm

» rindu
by ndzrh Sat 22 Oct 2011, 2:13 am

» hujan
by ndzrh Sat 22 Oct 2011, 1:54 am

» fiqh dan fatwa
by ndzrh Sat 22 Oct 2011, 1:43 am

» jejak kasih~
by ndzrh Sat 22 Oct 2011, 1:29 am

» KITA DI HINA OLEH GURU MADA SWASTA
by sabri Mon 28 Jun 2010, 7:49 am

» YIK NAK AMBIL MADA BALIK BULAN FEB NI?
by faez92 Fri 09 Apr 2010, 2:48 am

» Tamrin Qiadi MTM 2009
by faez92 Fri 09 Apr 2010, 2:45 am

Affiliates

Portal BALADI

Follow us on Twitter
Statistics
We have 89 registered users
The newest registered user is siti nurul najiha bt sams

Our users have posted a total of 600 messages in 108 subjects
Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 17 on Fri 05 Jun 2009, 2:06 am

Share | 
 

 Warkah Buat Puteriku

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Fadhil
Alumni Harapan
Alumni Harapan
avatar

Number of posts : 14
Age : 25
Location : Bachok, Kelantan
Registration date : 21/10/2008

PostSubject: Warkah Buat Puteriku   Tue 21 Oct 2008, 7:17 pm

Warkah Buat Puteriku

Kiriman / Wanita & Keluarga
Tarikh: 04 Jun, 2003 - 01:04 AM
Warkah buat puteri(muslimah)

Assalamulaikum..
Sebuah Cerpen Nukilan Akhi Masrawi

Warkah Buat Puteriku
Assalamualaikum warahmatullah;

Puteriku,
Sewaktu aku ingin menitipkan tintaku ini buatmu aku merenungimu dengan penuh kasih sayang. Waktu itu engkau baru berumur beberapa hari selepas engkau dilahirkan kedunia ini oleh ibu yang mengandungkan dirimu. Aku bersyukur kerana aku dianugerahkan seorang cahaya mata bernama wanita yang bakal mewarisi sifat kelembutan ibumu sebagai wanita solehah. Namun perlu engkau ingati akan kelembutanmu itu, bukanlah diskriminasi Tuhan terhadapmu. Aku berpesan buatmu tentang keadilan Tuhanmu. Betapa agungnya Dia menciptakan dirimu sebagai insan yang bernama wanita supaya kau sanjungi anugerahNya buatmu.



Keagungan Tuhanmu mengatasi segalanya. Oleh itu patuhilah segala perintahNya lantaran kau terpilih dijadikan cuma sebagai hamba dan jauhilah laranganNya untuk menunjukkan kasihmu terhadapNya. Perhatikan
segala amanahNya buatmu kerana amanahNya perlu kau dahulukan daripada amanah makhluk-makhlukNya. Selamatlah dirimu tika mana kau memilih jalan Taqwa dan meninggalkan perangkap maksiat dan kehinaan. Puteriku! berimanlah dikau dengan Allah yang Maha Agung. Yakinilah pada ajaran dan sunnah Rasulullah saw. Berpeganglah pada dustur yang mengajarmu tentang tarekat hidupmu lantas ketauhidanmu akan mengikat
Taqwa dan imanmu terhadap penciptamu. Yakinilah bahawa setiap perkhabaran para Rasul itu benar sekalipun berita yang di bawa itu bukan cuma berita gembira.

Puteriku,
Hari ini aku akan menamakan dirimu. Aku memilih nama seorang wanita yang aku kagumi dari kalangan wanita-wanita lain yang juga turut menjadi idola. Namun hatiku cuma muyul untuk menamakan dikau dengan nama ini. Janganlah sesekali engkau merasa jengkel dan kekurangan dengan namamu ini. Paling tidak merasa cemburu dengan nama-nama temanmu yang lain barangkali jauh lebih up to date. Percayalah bahawa namamu ini sudah memadai untuk kau merasa rendah diri terhadap Tuhanmu dan bertanggung jawab untuk menaladani peribadi yang pernah bernama seperti itu. Ingatlah kau bakal menjadi serikandi sepertinya suatu masa nanti.

Aku berpesan kepadamu tentang ilmu. Ilmu itu mengangkat darjat manusia. Ilmu jugalah yang mencipta peradaban ciptaan manusia yang hakikatnya adalah ketentuan Ilahi. Ilmu jugalah yang memisahkan kekufuran bila hidayah dicampakkan ke kalbu seseorang insan. Oleh itu usahlah engkau pencilkan dirimu dari ilmu kerana engkau bakal bergelar seorang ibu yang akan mendidik anak-anakmu nanti. Ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi. Kedua-duanya muhim bagimu, namun ilmu ukhrawi lebih faham. Justeru aku menyekolahkanmu di sekolah aliran agama supaya cita-citaku itu menjadi pasti.

Sewaktu kecilmu engkau diasuh ibumu. Engkau dibelaimanja. Ketika salahmu engkau diteguri supaya engkau berhati-hati di lain kali. Ketika betulmu aku dalam diam mensyukuri kepintaran yang dikurniakanNya buatmu. Patuhilah perintah kedua ibu bapamu selagimana ianya tidak berelisih dengan ajaran Islam. Usahlah engkau bersedih tika engkau gagal sekali. Sebaliknya berusahalah dengan lebih gigih kerana engkau masih mempunyai peluang untuk kali kedua. Janganlah engkau pencilkan kesedihan dengan esak tangismu yang menyayukan hati. Janganlah engkau salahkan Tuhanmu tika lara dan duka mengunjungi laman hidupmu. Sedarilah itulah ujian TuhanMu untuk menilai kesabaran dan ketaqwaanmu terhadapNya.

Puteriku,
Apabila usiamu mencecah sembilan tahun engkau akan bertukar status dari seorang kanak-kanak perempuan menjadi wanita. Ya; wanita yang punyai tanggung jawab terhadap agama, diri, keluarga, bangsa dan negara. Engkau bakal mengalami peristiwa ganjil. Janganlah engkau takuti akan peristiwa itu lantaran ia adalah perkara ghalib untuk kaum hawa. Engkau akan mengalami haidh. Ia adalah darah yang keluar dari kemaluanmu ketika engkau dalam keadaan sihat. Engkau perlu tahu hukum-hakam mengenainya. Apa yang perlu engkau lakukan dan apa yang ditegahi agama terhadapmu. Janganlah engkau merasa hina dengan ia kerana ia adalah suatu urusan yang ditentukan Allah kepada wanita-wanita berketurunan Adam.

Selepas kejadian ganjil itu engkau punya tanggung jawab besar. Engkau perlu lunaskan tanggung jawabmu terhadap agamamu. Jangan engkau abaikan tanggung jawabmu terhadap kesucian dirimu. Apabila sudah berhenti haidhmu maka bersegeralah engkau menyucikan dirimu dan kerjakanlah semula amal ibadatmu. Sesudah itu engkau akan berkali-kali mengalami peristiwa tadi sehingga engkau mengerti hikmah ketentuan Ilahi terhadapmu. Usahlah engkau merasa pelik jika aku tuturkan untukmu bahawa ada wanita yang tidak pernah mengalami haidh dalam hidupnya. Dialah puteri kesayangan Baginda Rasulullah (Fatimah al-zahra' r.a). Ada wanita yang cuma datang haidhnya sekali seumur hidup. Ada yang setahun sekali. Ada yang jarang-jarang sekali dan normalnya ia datang setiap bulan. Maka hitunglah. Paling kurang haidh itu adalah sehari semalam dan paling lama tempohnya adalah 15 hari berserta malamnya. Tentu engkau merasa pelik mengapa aku menulis warkah ini seperti ini bukan? Aku ingin mengajarmu tentang hidupmu. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah; Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya. Justeru janganlah engkau segan silu bertanya tentang usuran agamamu pada hal yang tidak engkau ketahui atau engkau ragui kesahihannya kepada orang-orang yang lebih mengetahui. Janganlah engkau tanyakan pada orang yang jahil kerana kelak fatwanya menyesatkan dirimu.

Selepas tempoh ini engkau akan membesar menjadi seorang wanita. Tubuh badanmu akan mengalami perubahan sedikit demi sedikit sehingga engkau bakal dikagumi oleh lelaki. Wajib tika ini engkau menutup auratmu terhadap pandangan lelaki ajnabi. Engkau tidak betah lagi untuk menayangkan tubuhmu lantaran ia adalah fitnah yang merosakkan. Waktu ini juga citarasamu akan berubah. Perasaanmu untuk mendekati dan berkawan dengan kaum lelaki melonjak-lonjak. Engkau akan girang bila engkau punyai teman berlainan jantina. Itulah yang dinamakan ikhtilat. Biasanya ia berlaku ketika usia peralihanmu sewaktu engkau menduduki tangga menengah alias usia remaja. Umur sementahmu itu pada hematku tidak wajar engkau berbuat begitu melainkan untuk urusan-urusan yang dibenarkan syariat. Ikutilah jejak ibumu. Dialah modus operandi terhampir buatmu. Seingatku dia tidak pernah menjalin hubungan alias berpacaran dengan lelaki ajnabi selainku; itupun selepas kami diikat dengan pertunangan. Namun masih mera'ikan tuntutan syara'.

Puteriku,
Engkau adalah anak pasca alaf kemodenan. Paling tidak engkau adalah generasi akhir zaman. Oleh itu janganlah engkau sia-siakan zaman mudamu dengan hiburan dunia yang melekakan. Penuhilah dadamu dengan ilmu. Tidak rugi engkau menjadi seorang yang berilmu seperti beberapa tokoh serikandi Islam yang pernah melakarkan sumbangan mereka terhadap Tamadun Islam.

Lihat saja Saidatina 'Aisyah r.a yang terdidik oleh Madrasah Rasul. Dia betah menjawab persoalan-persoalan yang diajukan lantaran kefaqihannya yang terbukti. Mengimbaskan nostalgia Saidatina Khadijah r.a pasti kita terpana akan perngorbanannya yang sukar untuk ditandingi. Pun begitu menyorot kezuhudan dan agung kasih serta cintanya terhadap Ilahi tentu sahaja engkau pernah mendengar akan nama Rabiatul Adawiyah. Kesemua mereka itu adalah wanita. Beruntunglah engkau duhai puteriku jika engkau menyusuli jejak mereka. Aku sengaja menampilkan peribadi-peribadi tadi bukan untuk menghasut cemburumu, malah aku mahukan engkau menaladeni jejak mereka. Tidak salah untukmu terjun ke medan jihad kerana ikhlasmu untuk menegakkan agama Allah. Aku tidak mengajar engkau untuk takut akan mati syahid. Pernahkah engkau mendengar kalam seorang mujahid tentang perjuangan?

Telah berkata As-Syeikh Abdul Qadir Audah: "Jika aku dipenjarakan kerana perjuangan suci ini, aku boleh beruzlah. Jika aku dibuang daerah, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh kerana perjuangan yang benar ini maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang syuhada'."

Berbicara soal perjuangan merupakan suatu realiti kerana hidup ini adalah sebuah perjuangan. Perjuangan membebaskan diri dari cengkaman kekufuran terhadap Ilahi. Perjuangan menundukkan hawa nafsu yang sering meronta di dalam diri. Perjuangan di titian kesabaran mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan Tuhan. Perjuangan mendidik diri menjadi seorang hamba dan perjuangan untuk merintis serta mengembalikan kedaulatan Daulah Islamiah yang telah lama hilang. Ya; itulah tugas utama kita. Itulah amanah yang perlu kita lunaskan semenjak kejatuhan Khilafah Islamiah Turkey Uthmaniah pada tahun 1924M. Maka sehinggalah perjuangan murni itu mencapai noktahnya yang entah bila janganlah engkau menyimpangkan diri dan hatimu dari terus bersama dalam ribat Jamaah Islam.

Puteriku,
Sampai masanya nanti engkau bakal menjadi seorang isteri dan seterusnya bergelar seorang ibu. Usahlah engkau ragui akan jodohmu kerana lelaki soleh itu adalah untuk wanita solehah. Dari itu jika engkau mengidamkan bakal suamimu sehebat Saidina Ali k.w jadikanlah dirimu laksana semulia Fatimah al-Zahra'. Aku nukilkan kata-kata Asma' binti Kharizah Fazari r.a. diriwayatkan bahawa ia telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suamimu (dengan mentaat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebaninya dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja daripada dirimu.

Kehidupan berumah tangga adalah amanah sebenarnya. Bukan sekadar pengkongsian kebahagiaan semata-mata malah berkongsi segalanya sehinggalah manusia menyedari tanggung jawab masing-masing sebagai suami isteri. Taatilah suamimu dalam taqwamu terhadap Allah. Janganlah sesekali engkau menderhakai suamimu. Ingatlah wahai puteriku sesungguhnya Baginda Rasul saw pernah bersabda: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup." Usahlah engkau merasa pilu dengan perkhabaran-perkhabaran tadi. Persiaplah dirimu kerana walaupun kebanyakan penghuni neraka adalah dari kalangan wanita lantaran mereka dari golongan wanita-wanita yang jahat. Namun masih ada ruang untuk wanita mendapat syurga. Jadilah wanita yang baik. Jadilah wanita yang mentaati perintah Tuhan dan suaminya. Jadilah wanita yang menjadi ibu yang baik.

Puteriku,

Puisi ini untukmu;

Kaulah mawar idaman
Tumbuhmu di taman larangan
Mekarmu dipagari dan dibajai
Sesucinya hatimu seindah akhlakmu
Diciptakan sebagai seorang wanita
Mewarisi kelembutan wanita solehah

Kembangmu tetap indah
Walau cuma di taman larangan
Menyinarkan nur keimanan
Nan mekar dihiasi mahmudah
Berkat asuhan ayah bonda

Kaulah serikandi ummah
Akhlakmu permata diri
Peliharalah maruah dan budi
Nescaya kaulah yang bernama
Wanita Sejati
Kebanggaan ayah bonda;


Puteriku,
Barangkali engkau sudah bosan membaca warkahku ini. Aku tidak pasti bilakah masanya engkau bakal membaca warkahku ini. Kalau engkau membacanya tika aku masih di sampingmu maka anggaplah ini pesanku buatmu wahai puteriku. Jika engkau membacanya tika aku sudah disemadikan itulah wasiatku buatmu.

Untuk mengakhiri warkahku ini aku juga ingin berpesan sebagaimana Luqman al-Hakim berpesan kepada anaknya;
Telah berpesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya,"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

"Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiranmu.
Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai dan adabmu. Ingatilah kepada Allah s.w.t. Lupakan budi baikmu terhadap orang lain. Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadapmu. Sentiasalah mengingati mati."

Ayahandamu.
Fatimah Al-Zahra' melipat semula warkah itu untuk kesekian kalinya. Itulah wasiat ayahnya. Ayahnya gugur syahid sebelum sempat melihat dia mencapai impian yang dilakarkan dalam warkah bisu itu. Kini Fatimah Al-Zahra' adalah penuntut tahun akhir jurusan Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah, Mesir. Dia mencapai semula kitab Qawaid Feqh sebagai isti'datnya untuk menghadapi imtihan dan terpenting untuk mencapai impian seorang ayah.

Tamat.


Glosari:

Dustur - pegangan
Tarekat - jalan, cara
Muyul - cenderung
Kalbu - hati
Muhim - penting
Aham - lebih penting
Ghalib - kebiasaan
Ajnabi - orang asing, bukan mahram
Ikhtilat - pergaulan, hubungan
Ribat - kesatuan
Isti'dat - persediaan
Imtihan - peperiksaan

Nota- Glosari (perkataan berhuruf condong) yang
disertakan sekadar untuk menterjemahkan maksud
penceritaan karya ini.


Nukilan: Akhi Masrawi
Tanta, Egypt.
Back to top Go down
View user profile
 
Warkah Buat Puteriku
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
:: BARISAN ALUMNI MADA FORM 4 :: :: Khazanah ilmiah :: Cerpen Pendek-
Jump to: